Transisi

Program Transisi dan Guru Penyayang telah dilancarkan pada awal sesi persekolahan Tahun 2001. Program ini telah berjaya mencapai beberapa matlamat yang diharapkan terutamanya dalam inovasi pengurusan bilik darjah.

Tujuan Program diamalkan :
  • Murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru - guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.
  • Guru - guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di tahun 1.
  • Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.