Sejarah Sekolah

        SJK (C) Foon Yew 1 berasal dari Sekolah Foon Yew. Sekolah Foon Yew ditubuhkan pada 15-1-1913 dan perasmian pembukaan pada 18-5-1913. Pada tahun 1913, Sekolah Foon Yew diasaskan oleh *En. Zheng Ya Ji , *En. Huang Xi Chu , *En. Chen Yin Xiang dan *En Lok Yu Sheng .


        Pada masa itu, rumah *En Chen Xi Nian yang beralamat di Jalan Trus, Johor Bahru dijadikan tapak sekolah. Pada Januari 1918, sekolah telah dipindahkan ke sebuah banglo yang beralamat 77 Jalan Trus . Semasa orang Jepun menjajah Malaysia , Sekolah Foon Yew diberhentikan selama beberapa tahun. Sekolah dibuka semula selepas orang Jepun dijatuhkan kuasa perentah. Bilangan murid pada masa itu seramai 400 orang.


        Semangat tokoh-tokoh yang prihatin tetap mementingkan pendidikan anak bangsa menyebabkan sekolah Foon Yew berkembang dengan pesatnya sehingga 5 buah sekolah Rendah Foon Yew. Pada tahun 1963, setiap sekolah rendah Foon Yew dinamakan semula sebagai SRJK(C ) Foon Yew 1, SRJK(C ) Foon Yew 2, SRJK(C ) Foon Yew 3, SRJK(C ) Foon Yew 4 dan SRJK(C ) Foon Yew 5.