Bacaan Pagi (Tahun 6)

Panel : GPK 1 dan semua guru Bahasa Melayu Tahun 6.

Sasaran : Semua murid Tahun 6.

Jangka Masa : Sepanjang tahun.

Masa Pelaksanaan : Isnin hingga Khamis. (7.00 pagi -7.20 pagi)

Pelaksanaan : Murid-murid akan dipimpin membaca bina ayat, karangan dan ulasan yang ditetapkan mengikut jadual yang diedarkan.

Objektif :
  1. Untuk meningkatkan dan memantapkan penguasaan Bahasa Melayu murid-murid Tahun 6.
  2. Untuk meningkatkan prestasi Bahasa Melayu murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR.
  3. Sebagai landasan persediaan murid-murid Tahun 6 menghadapi Bahasa Melayu Kertas 2 ( Penulisan) UPSR.
  4. Sebagai langkah pengukuhan dan pemulihan murid-murid Tahun 6 agar menguasai asas mengarang.
  5. Sebagai pendedahan format pentaksiran Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR kepada murid-murid Tahun 6.
  6. Memupuk dan menyemai cinta Bahasa Melayu, Bahasa Perpaduan.